nuffnang ads

Tuesday, November 20, 2012

pandangan peribadi

salam sejahtera dan salam satu malaysia...

sekarang ini hangat diperkatakan tentang doa yang ditujukan untuk menghancurkan individu / kumpulan lain....

saya bukan orang yang pandai agama...tetapi saya tahu pasal doa untuk keburukan / kejatuhan orang lain adalah tidak boleh dilakukan...

dulu-dulu atok saya selalu cakap, jangan cakap buruk tentang orang lain kerana apa yang kita cakap itu merupakan satu doa dan doa itu akan kembali kepada kita...
atok saya juga pesan supaya sentiasa mendoakan kejayaan dan kebaikan orang lain supaya kejayaan dan kebaikan itu akan kembali kepada kita...
memang tidak masuk akal...kita minta untuk orang lain, tetapi kita pun dapat 'share'....
tetapi apa yang atok saya cakap tu ada betulnya...
saya sentiasa mendoakan kejayaan kawan-kawan dan saya pun mendapat tempiasnya...

saya bukan seorang yang istimewa dalam sesuatu bidang tetapi saya tahu saya akan dapat balik apa yang saya buat untuk orang lain....
sebagai contoh saya pernah buat nanya kat seorang hamba ALLAH...sekejap sahaja, ALLAH terus memberi / menunjukkan pembalasannya kepada saya...
antara pembalasan yang saya pernah dapat, kehilangan kewangan, kemalangan-kemalangan kecil walaupun dalam rumah...
andai berlaku apa-apa yang tidak baik kepada saya dalam hari itu, saya akan membuat refleksi tentang segala aktiviti saya pada hari itu...

p/s: sentiasa mendoakan supaya dosa-dosa kecil diampunkan sebelum tidur supaya dapat tidur dengan tenang...

Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Bijaksana

salam sejahtera dan salam satu malaysia....

post ini adalah berkaitan dengan kejadian yang berlaku pada aku dalam tempoh aku tidak update blog nie...
sepanjang tempoh lebih kurang 6minggu, aku mengalami demam, batuk yang berpanjangan...

bayangkan...selama hampir 5 6 tahun aku tak demam terok gni, pada tahun ini aku dapat....
aku tidak salahkan sesiapa...aku tidak berputus asa...aku tahu ada hikmah di sebaliknya...

orang kata, bila kita sakit, ALLAH menghapuskan dosa-dosa kecil kita...Alhamdulillah...
aku tetap bersyukur dengan kesakitan ini. walaupun terpaksa bermanis muka dihadapan kawan2,
walaupun terpaksa tunjuk diri ini ok walaupun diri ini sebenarnya tidak ok...

bermula ngan sakit urat, lenguh-lenguh badan, kemudian start demam...
aku disyaki demam denggi lah, demam tibi lah...tapi dua-dua pun bukan...
hanya ada masalah dalam darah skit...

betul juga kata seorang kawan, aku demam disebabkan antibodi dalam badan dah habis...
habis kerana aku dah lama tak demam....betol ke..??

hehehee...ape-ape aje lah....

p/s: semakin pulih walaupun badan masih lemah... =)

Sunday, October 14, 2012

kepenatan...

salam sejahtera dan salam satu malaysia....

waahahahaa... penatnya aku rasa hari nie...
terasa cam nak tido sepanjang hari...
tapi aku gagahkan jua untuk meneruskan khidmat aku...

minggu lepas aku jaga exam dari selasa-khamis..
selama 3 hari berturut2...
terasa gak lenguh2 kaki...
almaklum laa dah lama xberdiri lama...

khamis mlm jumaat plak aku ke utara...
en.suami ada hal...
sabtu petg tu terus balik ke rumah...
nasib baik baju dah siap iron...

esok sambung jaga exam PMR..
ada lagi dua hari, esok n lusa...
gagahkanlah diri ini untuk bertahan sehingga tamat peperiksaan...

AMIN...

p/s: perit tekak duk bercakap dalam kelas...sampai budak2 ingatkan aku menangis...hahahahaa

Tuesday, October 2, 2012

sesi luahan perasaan...

salam sejahtera dan salam satu malaysia...

hari ini aku ingin menaipkan hal cerita seorang kawan yang membuat sesi luahan perasaan...
apa yang ditaipkan disini telah diubah suai supaya individu tertentu tidak terasa...

1. sikap seseorang yang tidak suka melihat orang lain lebih darinya walaupun orang berkenaan tiada niat untuk lebih menonjol dari individu terbabit...
ceritanya bermula apabila individu ini di pindahkan ke satu department ini. dalam department ini terdapat individu yang menganggap dia hebat dari semua orang. apabila individu ini sampai, dia merasa tergugat. individu ini telah cuba untuk berbaik dengan semua orang dalam department berkenaan tetapi timbul rasa tidak senang dalam hati individu terbabit... sehingga menimbulkan satu peperangan kecil. persoalan yang timbul disini, kenapa perlu individu yang lama ini merasa tergugat... sudah lumrah dunia, patah tumbuh hilang berganti. jika tiada yang baru, tiada yang lama dan begitu laa sebaliknya. 

2. sikap seseorang yang tidak boleh melihat individu lain senang
ceritanya bermula apabila seseorang individu ini telah dikurniakan rezeki lebih untuk departmentnya...insan lain yang juga berada dalam department yang sama merasa tidak puas hati dan setiap kali perjumpaan, hal kewangan selalu timbul kerana mereka berpendapat, individu berkenaan telah menggunakan duit itu untuk kepentingan peribadi. sehingga akhirnya, individu terbabit telah melaburkan kesemuanya kepada individu lain dalam department yang sama supaya mereka yang lain percaya wang itu betul2 digunakan untuk department tersebut. yang menjadi persoalan, mereka tidak bersyukur dan asyik berperangsangka buruk dengan kelebihan orang...

3. biler tidak puas hati, kenapa perlu di war-warkan...kita perlulah berbincang dengan baik dengan individu terbabit, siasat dulu sebelum menuduh...

4. jangan menganggap diri sendiri amat bagus sehingga tidak nampak orang lain yang lebih bagus dari kita... rendahkan diri, rendahkan hati...orang pasti memandang dan menyanjung kita dengan sanjungan tertinggi.

5. buat kerja yang ditugaskan dengan ikhlas dan sabar...jangan hanya melepaskan batuk di tangga. hanya ALLAH akan menilai kita dan memberi anugerah tertinggi kepada kita...

p/s: menginsafi diri...sesungguhnya aku bekerja dalam persekitaran ini.... lindungi aku dari hasad dengki manusia lain...

Tuesday, September 25, 2012

Selamat Menunaikan Haji...

salam sejahtera dan salam satu malaysia...

selamat menunaikan haji kepada semua jemaah haji malaysia tahun 2012
yang bakal bertolak atau yang telah sampai ke madinah.

tahun ini, nenek aku akan ke Mekah. Insya ALLAH, semoga perjalanannya dipermudahkan.
nenek aku dah uzur dan aku mohon semoga ALLAH mempermudahkan peneman nenek aku untuk menguruskan nenek aku itu...
sesungguhnya hanya ALLAH yang tahu apa yang tersirat dalam hati ini. 
tiada kata-kata dapat dilafazkan untuk menerangkan isi hati ini.

p/s: semoga perjalananku ke mekah pada musim akan datang dipermudahkan ALLAH TAALA...amin...

Thursday, September 20, 2012

kursus katak....

salam sejahtera dan salam satu malaysia....

selama tiga hari aku ditugaskan untuk menghadiri kursus frog VLE yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri.
apa yang menariknya aku telah dilantik menjadi Admin Katak (Frog) untuk tempat aku bertugas...
hahahaa...lucu betol gelaran itu...

yang lagi kelakar, ketua jabatan aku dengan automatiknya dilantik sebagai Ketua Katak....kikikiii....

apa laa nasib...!!!

p/s: Selamat Berkursus 

Wednesday, September 19, 2012

bila murid menjadi guru....

salam sejahtera kepada semua....

hari ini aku ingin berkongsi cerita mengenai kehidupan lalu aku...
bukan ingin mengungkit cerita lama, cuma hanya ingin mengenangkan kisah lama...

zaman aku sekolah dulu, aku salah seorang atlet yang berjaya...
bersama rakan-rakan seperjuangan dari satu sekolah serta sekolah-sekolah lain,
kami amat dikenali dikalangan guru-guru yang biasa menjadi guru sukan...

dulu, murid dan guru bersama2 di atas padang menjayakan sukan...
murid berlatih bersungguh-sungguh untuk menaikkan nama sekolah, daerah serta negeri masing2...
aku antara murid itu...
dan guru mengorbankan masa di rumahnya untuk bersama2 dengan atlet2 sekolah,
melatih sehingga murid berkenaan menjadi atlet yang berjaya...

11 tahun telah berlalu, aku kembali ke padang itu...
padang yang dulunya mengandungi 3 padang bola kini telah di naiktarafkan menjadi sebuah stadium mini...
cikgu-cikgu dipadang yang pernah menjadi cikgu aku masih di situ...
apabila aku menegur cikgu-cikgu lama aku, 
dan aku memperkenalkan diri sebagai seorang cikgu,
maka cikgu-cikgu ku telah merasakan yang begitu pantas masa berlalu...

murid telah menjadi cikgu dan cikgu lama merasa telah berusia...
apabila aku lihat kelibat cikgu2 aku yang lama,
aku menginsafi diri...
jika kini aku seorang guru, apa yang anak2 muridku akan jadi...?
adakah anak2 muridku akan menegur aku apabila mereka telah berjaya kelak??

sesungguhnya ALLAH itu MAHA MENGETAHUI....

p/s: semoga ALLAH membalas segala jasa baik semua cikgu yang pernah mengajar dan membimbingku sehingga aku kini bergelar seorang GURU...

Monday, September 3, 2012

hormatilah ibu bapa

salam sejahtera dan salam satu malaysia....

hari ini aku ingin berkongsi cerita mengenai sifat dan 
tingkah laku anak-anak terhadap ibu bapa mereka...
cerita ini tercetus apabila aku ada ternampak sebuah kereta yang 
dipandu oleh seorang anak dalam lingkungan 20-an umurnya....
dalam kereta itu penumpangnya penuh termasuk 
ibunya yang duduk di kerusi belakang pemandu...
seorang ibu tua yang nampak berumur...
cuaca yang panas menyebabkan penumpang dalam kereta itu nampak tidak selesa....
apa yang aku nampak tidak kena dimata aku ialah, 
si pemandu ini merokok di dalam kereta...

apa yang aku boleh bayangkan ialah, penumpang di dalam kereta itu yang 
kebanyakkan wanita tidak selesa dengan asap rokok dari pemandu terbabit...
si ibu tua yang berada di tempat duduk belakang jelas menampakkan ketidakselesaannya....
pada fikiranku...si anak langsung tidak memikirkan soal ibunya yang tidak selesa 
dengan cuaca panas serta asap rokok yang dikeluarkan...

jika sekarang ini si anak yang mungkin tinggal bersama si ibu sudah menunjukkan sikap tidak ambil peduli dengan si ibu, adakah akan berlaku dimana si anak apabila sudah berkahwin dan tinggal jauh dari si ibu....

jika beginilah sikap si anak terhadap ibunya, bagaimana dengan anak2nya nanti...
sekarang sudah menunjukkan sikap tidak ambil peduli dan tidak ambil hati, bagaimana keadaan si ibu apabila sudah uzur...adakah akan ada yang akan menjaga si ibu dengan baik...

p/s: sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga...

Sunday, September 2, 2012

bulan kemerdekaan vs hari raya aidilfitri

salam sejahtera dan salam satu malaysia...
pada tahun ini, hari kemerdekaan jatuh dalam bulan syawal...
pada tahun ini, nampak sangat semangat kemerdekaan tidak hangat seperti tahun-tahun sebelum ini...
pada tahun ini, semua masih dalam mood beraya walaupun dah di ambang kemerdekaan...
pada tahun ini, aku sendiri pun tidak berasa untuk menyambut bulan kemerdekaan...
almaklum laa...hari 31 Ogos jatuh pada hari jumaat, di kelantan, hari cuti...so xder laa nak bercuti cam org luar kelantan tue...

tahun depan, insyaALLAH, kita beraya awal bulan ogos...jadi harap2 takder laa mood raya dalam bulan kemerdekaan tue...
aku pun nak jugak merasa patriotik setiap kali cuti hari kemerdekaan...
pergi tengok perbarisan serta menyanyi lagu patriotik bersama-sama...

anak aku, tiap-tiap hari pun nyanyi lagu NEGARAKU...
siap berdiri tegak, mengibarkan bendera dan menyanyi dengan penuh semangat...
walaupun dia xreti nak menyanyi, dia akan minta mama dia tolong nyanyikan...

p/s: SEMANGAT PATRIOTIK BETUL ANAKNDA KU INI....

Monday, August 13, 2012

kg. cina atau stadium..?

salam sejahtera...

post ini ditaip sempena bulan ramadhan yang sedang dihayati oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia...
tapi aku bukan nak berbicara tentang umat Islam diseluruh dunia...
aku hanya nak fokus area kota bharu ni...

kampung cina, atau kg. cina yang terletak di jalan gok kapur merupakan salah satu tempat tumpuan tiap kali menjelang bulan puasa...
pelbagai juadah dijual di pasar basah tu...tempatnya kecik je, tapi macam2 ada...
ia menjadi tumpuan penduduk setempat yang  berada disekitarnya..

stadium juga merupakan salah satu tempat tumpuan untuk mendapatkan juadah untuk berbuka...
banyak makanan siap masak dijual disitu...
dari air sirap hinggalah ke air tebu....
dari biskut biasa hinggalah ke biskut luar biasa...
dari nasi goreng hinggalah ke nasi beriani lauk rusa..
dari ayam goreng hinggalah ke kambing bakar....
pendek kata macam-macam ada....

tetapi lauk pauk yang best itu tetap tak leh lawan lauk wajib di negeri kelate...
ikan bakar tawar + budu + ulam...
ditambah lagi ikan singgang atau sayur masak lemak...
pergh...itu je laa juadah berbuka aku setiap hari...
kalu nak tambah pun hanya ikan goreng atau ayam goreng...
kadang-kadang lauk siap yang dibawa balik oleh aku atau mak...

bersederhanalah dalam berbuka... =)

p/s: biler laa boleh berbuka ngan KFC atau Pizza nie...??!!

Thursday, August 9, 2012

negeri berkebajikan???

salam sejahtera dan salam satu malaysia....

idea ini datang sewaktu aku mendapat khabar bahawa aku dikehendaki membuat bayaran atas dasar kebajikan...

aku agak tidak berpuas hati kerana bayaran ini amat jelas tidak tahu akan disalurkan ke mana...

kisahnya bermula apabila aku menghantar plan untuk cadangan membina rumah di atas tanah sendiri...
wang proses dibayar untuk memproses plan yang dihantar...
bila aku mendapat satu surat supaya mengambil plan yang telah diluluskan, aku dikehendaki membayar sebanyak rm600 untuk 'kebajikan' aku membina rumah di tanah aku sendiri. 
apa yang aku tidak puas hati, alasan yang diberi ialah kerana aku nak bina rumah dikawasan yang belum membangun, jadi aku kena bayar wang pembangunan...soalan aku sekarang, wang itu pergi mane...???
kalu tolong bina jalan masuk ke rumah aku tu, betol gak...

jadi sekarang ni, adakah aku berada disebuah negeri memberi kebajikan atau negeri minta kebajikan rakyat???

p/s: kalu wang itu disalurkan ke tempat yang tidak betol, aku tidak halalkan wang itu digunakan...

Sunday, July 15, 2012

bola....bola....bola....

salam sejahtera dan salam satu malaysia...

sempena dengan hari kelantan menerima Piala Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi,
aku nak cerita skit pasal pandangan aku tentang aper yang berlaku malam tadi....

sebermula jam 5.00 petang, jalan telah mula sesak...
masa tu aku dari umah mertua, menuju pulang rumah mak aku yang terletak di bandar Kota Bharu...
sepanjang perjalanan, aku dapat lihat kebanjiran kenderaan menuju bandar KB...

biler sampai pinggir bandar, kenderaan di bandar kB seperti ada perayaan...

malam harinya, selepas solat maghrib, lebih kurang jam 8.20 malam, aku pegi menghantar en.suami ke stadium SSMIV untuk menonton bola sepak Kelantan vs Sarawak....
hantar lambat skit sebab malas nak bersesak dengan orang lain...
sebaik sampai, lepas drop en.suami, aku boleh tengok beratus-ratus kenderaan di parking di tepi jalan...
dan pada masa yang sama nampak en. polis trafik sedang menunggu masa untuk menyaman...
ada laa dalam 3 4orang gak polis trafik...
hurm...nampak sangat, bola punya pasal, sanggup kena saman...!!!

dalam perjalanan pulang, aku singgah beli barang skit untuk anaknda...
jalan raya masa tue lengang dan kosong...
nak berguling-guling atas jalan pun boleh...
rasanya kalu rumah aku tepi jalan, aku boleh main bola atas jalan raya...
kikikiiiii....

sampai je kat umah, kat kampung aku tue xder plak dengar budak bising-bising...
sunyi je...TV dr rumah jiran2 pun xder nak dengar....sunyi....
rumah aku je laa bising coz bukak tengok bola...

biler tamat bola, aku p ambik lambat skit coz bajet org lain akan bersurai dulu...
rupa2nye masa aku p ambik en.suami, time tue laa waktu puncak orang baru kuar stadium...

pergh....jammed yang amat...
sabar je laa...

p/s: sebijik cam time raya...

Wednesday, July 11, 2012

banyaknye makan....!!!

salam sejahtera kepada semua...

hari ini aku ingin bercerita mengenai sekolah baru aku...
sekolah baru, suasana baru dan penampilan baru...

sebenarnya sekolah ini sebuah sekolah yang lama, aku je orang baru kat sekolah ini...
kikikiii
suasana baru..
cikgu-cikgu yang ada di sini hampir kesemuanya cikgu veteran...
pendek kata berumur 35 tahun ke atas dan telah berada disekolah ini lebih 5 tahun...
dan kebanyakan guru selesa di sini dan pencen disini...

penampilan baru adalah aku laa...
setiap rabu aku boleh pakai seluar (boleh kerk??!!)
bersama baju korporat sekolah...
biler berseluar, baru laa aku sesuai nak mengangkat atau lebih tepat
sebagai juruteknik sambilan sekolah yang nak baik pulih komputer dalam bilik bestari...

sebenarnya aku nak cerita yang dalam tempoh sebulan aku kat sekolah ini,
ado laa dekat 10 kali doh ado makan-makan...
tak kira laa sebab ada event ko, ada jamuan sebab ada tetamu ke,
makan2 sebab ada program ape2 ko...
dan yang terbaru, 2 kali makan dalam masa sehari kerana ada sorang kakitangan sekolah
yang akan bersara dalam minggu ni...
wah...mewah betol bab makan sekolah ini....alhamdulillah, REZEKI....

p/s: perasan gak yang berat badan ada naik sikit.... :D

Thursday, July 5, 2012

senyum pagi...

assalamua'laikum....dan salam satu malaysia...

kisah senyum pagi hari ini berlaku pada pagi tadi...
alkisahnya, sewaktu aku dan en.suami bersiap-siap untuk ke tempat kerja,
anaknda ku masih lagi dibuai mimpi...
setelah menyalin lampin, aku angkat anaknda ku dan terus masuk kereta...
dia masih lagi mamai-mamai dan terus tido biler aku duduk dalam kereta...
sewaktu kereta bergerak dan radio dibunyikan dengan siaran radio tempatan,
dengan tiba-tiba anaknda bangun dan terus menekan button 'CD'...

aku dan en.suami saling berpandangan...dan kami tersenyum sambil tergelak kecil...
rupa-rupanya dalam keadaan mamai-mamai gitu,
danish masih lagi ada keinginan untuk mendengar lagu dikir warrior dia...
walaupun lagu itu dipasang dengan nada yang perlahan,
(sememangnya kebiasaan kami untuk memasang radio dengan nada yang perlahan)
dia tetap nak dengar....
begitu laa danish biler masuk kereta...WAJIB pasang cd dikir warrior...
SABAR JE LAA....!!!

p/s: agak-agaknya kalu tak pasang radio, mesti dia buat tak tahu je kann...!!!

Wednesday, July 4, 2012

minggu-minggu yang memenatkan...

salam semua...
hampir genap 4 minggu aku berada di SIC ni...
dalam tempoh 4 minggu ni macam2 aku dah jadi...
daripada guru biasa, aku menjadi guru luar biasa...
jadi kameraman laa, jadi kaunselor laa, jadi guru sukan laa,
jadi instruktor senamrobik pun aku....
tue belum lagi tugas rasmi cikgu sebagai tenaga pengajar dan kerja2 lain...
semoga khidmat aku kat sekolah ini diterima semua tetapi jangan laa bebankan semua kpd aku...

p/s: hari ini dalam sejarah, aku tidur kat bilik bestari...kikikiii...
p/s: utk en.suami...nak beli pendrive n external hard disk boleh tak??

Thursday, June 28, 2012

dikir warrior...

salam satu malaysia....

selama dua tiga minggu ini, setiap kali aku masuk kete,
anak aku akan minta aku pasangkan cd Dikir Warrior...

selama itu lah aku duk dengar lagu2 dikir warrior...
dari gol...gol...gol..., bo lawe setaro demo, legasi mat che su, harimau malaya etc...

sekarang ini, asyik terngiang-ngiang jer dikir2 tu...
waaa...tolong laaa saya....

Wednesday, June 27, 2012

2012


salam sejahtera...

sekian lama tidak mengemaskini blog, akhirnya aku berpeluang untuk mengemaskininya pada hari ini...
cerita terbaru pasal aku???
paling besar dan terkini adalah aku telah dipindahkan dari negeri perak ke negeri kelantan pada jun 2012 baru-baru ini...
dahulu aku sekolah biasa-biasa, sekarang dapat sekolah luar biasa...
dahulu aku kena mengajar waktu petang, sekarang aku mengajar waktu pagi...
dahulu aku dapat subjek rojak, sekarang aku dapat subjek opsyen aku....
dahulu aku hanya manusia biasa, sekarang aku perlu menjadi manusia yang luar biasa.,...

persoalan yang timbul, adakah aku mampu  menghadapinya??
harapan dan doa aku adalah semoga aku dibantu oleh rakan-rakan seperjuangan agar aku tidak tersungkur dipertengahan jalan...

apa yang penting, terima dan redha serta ikhlas dalam membuat sesuatu....

terima kasih kawan-kawan...tanpa semua, aku hanya manusia biasa....