nuffnang ads

Tuesday, November 20, 2012

pandangan peribadi

salam sejahtera dan salam satu malaysia...

sekarang ini hangat diperkatakan tentang doa yang ditujukan untuk menghancurkan individu / kumpulan lain....

saya bukan orang yang pandai agama...tetapi saya tahu pasal doa untuk keburukan / kejatuhan orang lain adalah tidak boleh dilakukan...

dulu-dulu atok saya selalu cakap, jangan cakap buruk tentang orang lain kerana apa yang kita cakap itu merupakan satu doa dan doa itu akan kembali kepada kita...
atok saya juga pesan supaya sentiasa mendoakan kejayaan dan kebaikan orang lain supaya kejayaan dan kebaikan itu akan kembali kepada kita...
memang tidak masuk akal...kita minta untuk orang lain, tetapi kita pun dapat 'share'....
tetapi apa yang atok saya cakap tu ada betulnya...
saya sentiasa mendoakan kejayaan kawan-kawan dan saya pun mendapat tempiasnya...

saya bukan seorang yang istimewa dalam sesuatu bidang tetapi saya tahu saya akan dapat balik apa yang saya buat untuk orang lain....
sebagai contoh saya pernah buat nanya kat seorang hamba ALLAH...sekejap sahaja, ALLAH terus memberi / menunjukkan pembalasannya kepada saya...
antara pembalasan yang saya pernah dapat, kehilangan kewangan, kemalangan-kemalangan kecil walaupun dalam rumah...
andai berlaku apa-apa yang tidak baik kepada saya dalam hari itu, saya akan membuat refleksi tentang segala aktiviti saya pada hari itu...

p/s: sentiasa mendoakan supaya dosa-dosa kecil diampunkan sebelum tidur supaya dapat tidur dengan tenang...

Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Bijaksana

salam sejahtera dan salam satu malaysia....

post ini adalah berkaitan dengan kejadian yang berlaku pada aku dalam tempoh aku tidak update blog nie...
sepanjang tempoh lebih kurang 6minggu, aku mengalami demam, batuk yang berpanjangan...

bayangkan...selama hampir 5 6 tahun aku tak demam terok gni, pada tahun ini aku dapat....
aku tidak salahkan sesiapa...aku tidak berputus asa...aku tahu ada hikmah di sebaliknya...

orang kata, bila kita sakit, ALLAH menghapuskan dosa-dosa kecil kita...Alhamdulillah...
aku tetap bersyukur dengan kesakitan ini. walaupun terpaksa bermanis muka dihadapan kawan2,
walaupun terpaksa tunjuk diri ini ok walaupun diri ini sebenarnya tidak ok...

bermula ngan sakit urat, lenguh-lenguh badan, kemudian start demam...
aku disyaki demam denggi lah, demam tibi lah...tapi dua-dua pun bukan...
hanya ada masalah dalam darah skit...

betul juga kata seorang kawan, aku demam disebabkan antibodi dalam badan dah habis...
habis kerana aku dah lama tak demam....betol ke..??

hehehee...ape-ape aje lah....

p/s: semakin pulih walaupun badan masih lemah... =)