nuffnang ads

Sunday, October 14, 2012

kepenatan...

salam sejahtera dan salam satu malaysia....

waahahahaa... penatnya aku rasa hari nie...
terasa cam nak tido sepanjang hari...
tapi aku gagahkan jua untuk meneruskan khidmat aku...

minggu lepas aku jaga exam dari selasa-khamis..
selama 3 hari berturut2...
terasa gak lenguh2 kaki...
almaklum laa dah lama xberdiri lama...

khamis mlm jumaat plak aku ke utara...
en.suami ada hal...
sabtu petg tu terus balik ke rumah...
nasib baik baju dah siap iron...

esok sambung jaga exam PMR..
ada lagi dua hari, esok n lusa...
gagahkanlah diri ini untuk bertahan sehingga tamat peperiksaan...

AMIN...

p/s: perit tekak duk bercakap dalam kelas...sampai budak2 ingatkan aku menangis...hahahahaa

Tuesday, October 2, 2012

sesi luahan perasaan...

salam sejahtera dan salam satu malaysia...

hari ini aku ingin menaipkan hal cerita seorang kawan yang membuat sesi luahan perasaan...
apa yang ditaipkan disini telah diubah suai supaya individu tertentu tidak terasa...

1. sikap seseorang yang tidak suka melihat orang lain lebih darinya walaupun orang berkenaan tiada niat untuk lebih menonjol dari individu terbabit...
ceritanya bermula apabila individu ini di pindahkan ke satu department ini. dalam department ini terdapat individu yang menganggap dia hebat dari semua orang. apabila individu ini sampai, dia merasa tergugat. individu ini telah cuba untuk berbaik dengan semua orang dalam department berkenaan tetapi timbul rasa tidak senang dalam hati individu terbabit... sehingga menimbulkan satu peperangan kecil. persoalan yang timbul disini, kenapa perlu individu yang lama ini merasa tergugat... sudah lumrah dunia, patah tumbuh hilang berganti. jika tiada yang baru, tiada yang lama dan begitu laa sebaliknya. 

2. sikap seseorang yang tidak boleh melihat individu lain senang
ceritanya bermula apabila seseorang individu ini telah dikurniakan rezeki lebih untuk departmentnya...insan lain yang juga berada dalam department yang sama merasa tidak puas hati dan setiap kali perjumpaan, hal kewangan selalu timbul kerana mereka berpendapat, individu berkenaan telah menggunakan duit itu untuk kepentingan peribadi. sehingga akhirnya, individu terbabit telah melaburkan kesemuanya kepada individu lain dalam department yang sama supaya mereka yang lain percaya wang itu betul2 digunakan untuk department tersebut. yang menjadi persoalan, mereka tidak bersyukur dan asyik berperangsangka buruk dengan kelebihan orang...

3. biler tidak puas hati, kenapa perlu di war-warkan...kita perlulah berbincang dengan baik dengan individu terbabit, siasat dulu sebelum menuduh...

4. jangan menganggap diri sendiri amat bagus sehingga tidak nampak orang lain yang lebih bagus dari kita... rendahkan diri, rendahkan hati...orang pasti memandang dan menyanjung kita dengan sanjungan tertinggi.

5. buat kerja yang ditugaskan dengan ikhlas dan sabar...jangan hanya melepaskan batuk di tangga. hanya ALLAH akan menilai kita dan memberi anugerah tertinggi kepada kita...

p/s: menginsafi diri...sesungguhnya aku bekerja dalam persekitaran ini.... lindungi aku dari hasad dengki manusia lain...