nuffnang ads

Monday, August 13, 2012

kg. cina atau stadium..?

salam sejahtera...

post ini ditaip sempena bulan ramadhan yang sedang dihayati oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia...
tapi aku bukan nak berbicara tentang umat Islam diseluruh dunia...
aku hanya nak fokus area kota bharu ni...

kampung cina, atau kg. cina yang terletak di jalan gok kapur merupakan salah satu tempat tumpuan tiap kali menjelang bulan puasa...
pelbagai juadah dijual di pasar basah tu...tempatnya kecik je, tapi macam2 ada...
ia menjadi tumpuan penduduk setempat yang  berada disekitarnya..

stadium juga merupakan salah satu tempat tumpuan untuk mendapatkan juadah untuk berbuka...
banyak makanan siap masak dijual disitu...
dari air sirap hinggalah ke air tebu....
dari biskut biasa hinggalah ke biskut luar biasa...
dari nasi goreng hinggalah ke nasi beriani lauk rusa..
dari ayam goreng hinggalah ke kambing bakar....
pendek kata macam-macam ada....

tetapi lauk pauk yang best itu tetap tak leh lawan lauk wajib di negeri kelate...
ikan bakar tawar + budu + ulam...
ditambah lagi ikan singgang atau sayur masak lemak...
pergh...itu je laa juadah berbuka aku setiap hari...
kalu nak tambah pun hanya ikan goreng atau ayam goreng...
kadang-kadang lauk siap yang dibawa balik oleh aku atau mak...

bersederhanalah dalam berbuka... =)

p/s: biler laa boleh berbuka ngan KFC atau Pizza nie...??!!

Thursday, August 9, 2012

negeri berkebajikan???

salam sejahtera dan salam satu malaysia....

idea ini datang sewaktu aku mendapat khabar bahawa aku dikehendaki membuat bayaran atas dasar kebajikan...

aku agak tidak berpuas hati kerana bayaran ini amat jelas tidak tahu akan disalurkan ke mana...

kisahnya bermula apabila aku menghantar plan untuk cadangan membina rumah di atas tanah sendiri...
wang proses dibayar untuk memproses plan yang dihantar...
bila aku mendapat satu surat supaya mengambil plan yang telah diluluskan, aku dikehendaki membayar sebanyak rm600 untuk 'kebajikan' aku membina rumah di tanah aku sendiri. 
apa yang aku tidak puas hati, alasan yang diberi ialah kerana aku nak bina rumah dikawasan yang belum membangun, jadi aku kena bayar wang pembangunan...soalan aku sekarang, wang itu pergi mane...???
kalu tolong bina jalan masuk ke rumah aku tu, betol gak...

jadi sekarang ni, adakah aku berada disebuah negeri memberi kebajikan atau negeri minta kebajikan rakyat???

p/s: kalu wang itu disalurkan ke tempat yang tidak betol, aku tidak halalkan wang itu digunakan...