nuffnang ads

Tuesday, September 25, 2012

Selamat Menunaikan Haji...

salam sejahtera dan salam satu malaysia...

selamat menunaikan haji kepada semua jemaah haji malaysia tahun 2012
yang bakal bertolak atau yang telah sampai ke madinah.

tahun ini, nenek aku akan ke Mekah. Insya ALLAH, semoga perjalanannya dipermudahkan.
nenek aku dah uzur dan aku mohon semoga ALLAH mempermudahkan peneman nenek aku untuk menguruskan nenek aku itu...
sesungguhnya hanya ALLAH yang tahu apa yang tersirat dalam hati ini. 
tiada kata-kata dapat dilafazkan untuk menerangkan isi hati ini.

p/s: semoga perjalananku ke mekah pada musim akan datang dipermudahkan ALLAH TAALA...amin...

Thursday, September 20, 2012

kursus katak....

salam sejahtera dan salam satu malaysia....

selama tiga hari aku ditugaskan untuk menghadiri kursus frog VLE yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri.
apa yang menariknya aku telah dilantik menjadi Admin Katak (Frog) untuk tempat aku bertugas...
hahahaa...lucu betol gelaran itu...

yang lagi kelakar, ketua jabatan aku dengan automatiknya dilantik sebagai Ketua Katak....kikikiii....

apa laa nasib...!!!

p/s: Selamat Berkursus 

Wednesday, September 19, 2012

bila murid menjadi guru....

salam sejahtera kepada semua....

hari ini aku ingin berkongsi cerita mengenai kehidupan lalu aku...
bukan ingin mengungkit cerita lama, cuma hanya ingin mengenangkan kisah lama...

zaman aku sekolah dulu, aku salah seorang atlet yang berjaya...
bersama rakan-rakan seperjuangan dari satu sekolah serta sekolah-sekolah lain,
kami amat dikenali dikalangan guru-guru yang biasa menjadi guru sukan...

dulu, murid dan guru bersama2 di atas padang menjayakan sukan...
murid berlatih bersungguh-sungguh untuk menaikkan nama sekolah, daerah serta negeri masing2...
aku antara murid itu...
dan guru mengorbankan masa di rumahnya untuk bersama2 dengan atlet2 sekolah,
melatih sehingga murid berkenaan menjadi atlet yang berjaya...

11 tahun telah berlalu, aku kembali ke padang itu...
padang yang dulunya mengandungi 3 padang bola kini telah di naiktarafkan menjadi sebuah stadium mini...
cikgu-cikgu dipadang yang pernah menjadi cikgu aku masih di situ...
apabila aku menegur cikgu-cikgu lama aku, 
dan aku memperkenalkan diri sebagai seorang cikgu,
maka cikgu-cikgu ku telah merasakan yang begitu pantas masa berlalu...

murid telah menjadi cikgu dan cikgu lama merasa telah berusia...
apabila aku lihat kelibat cikgu2 aku yang lama,
aku menginsafi diri...
jika kini aku seorang guru, apa yang anak2 muridku akan jadi...?
adakah anak2 muridku akan menegur aku apabila mereka telah berjaya kelak??

sesungguhnya ALLAH itu MAHA MENGETAHUI....

p/s: semoga ALLAH membalas segala jasa baik semua cikgu yang pernah mengajar dan membimbingku sehingga aku kini bergelar seorang GURU...

Monday, September 3, 2012

hormatilah ibu bapa

salam sejahtera dan salam satu malaysia....

hari ini aku ingin berkongsi cerita mengenai sifat dan 
tingkah laku anak-anak terhadap ibu bapa mereka...
cerita ini tercetus apabila aku ada ternampak sebuah kereta yang 
dipandu oleh seorang anak dalam lingkungan 20-an umurnya....
dalam kereta itu penumpangnya penuh termasuk 
ibunya yang duduk di kerusi belakang pemandu...
seorang ibu tua yang nampak berumur...
cuaca yang panas menyebabkan penumpang dalam kereta itu nampak tidak selesa....
apa yang aku nampak tidak kena dimata aku ialah, 
si pemandu ini merokok di dalam kereta...

apa yang aku boleh bayangkan ialah, penumpang di dalam kereta itu yang 
kebanyakkan wanita tidak selesa dengan asap rokok dari pemandu terbabit...
si ibu tua yang berada di tempat duduk belakang jelas menampakkan ketidakselesaannya....
pada fikiranku...si anak langsung tidak memikirkan soal ibunya yang tidak selesa 
dengan cuaca panas serta asap rokok yang dikeluarkan...

jika sekarang ini si anak yang mungkin tinggal bersama si ibu sudah menunjukkan sikap tidak ambil peduli dengan si ibu, adakah akan berlaku dimana si anak apabila sudah berkahwin dan tinggal jauh dari si ibu....

jika beginilah sikap si anak terhadap ibunya, bagaimana dengan anak2nya nanti...
sekarang sudah menunjukkan sikap tidak ambil peduli dan tidak ambil hati, bagaimana keadaan si ibu apabila sudah uzur...adakah akan ada yang akan menjaga si ibu dengan baik...

p/s: sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga...

Sunday, September 2, 2012

bulan kemerdekaan vs hari raya aidilfitri

salam sejahtera dan salam satu malaysia...
pada tahun ini, hari kemerdekaan jatuh dalam bulan syawal...
pada tahun ini, nampak sangat semangat kemerdekaan tidak hangat seperti tahun-tahun sebelum ini...
pada tahun ini, semua masih dalam mood beraya walaupun dah di ambang kemerdekaan...
pada tahun ini, aku sendiri pun tidak berasa untuk menyambut bulan kemerdekaan...
almaklum laa...hari 31 Ogos jatuh pada hari jumaat, di kelantan, hari cuti...so xder laa nak bercuti cam org luar kelantan tue...

tahun depan, insyaALLAH, kita beraya awal bulan ogos...jadi harap2 takder laa mood raya dalam bulan kemerdekaan tue...
aku pun nak jugak merasa patriotik setiap kali cuti hari kemerdekaan...
pergi tengok perbarisan serta menyanyi lagu patriotik bersama-sama...

anak aku, tiap-tiap hari pun nyanyi lagu NEGARAKU...
siap berdiri tegak, mengibarkan bendera dan menyanyi dengan penuh semangat...
walaupun dia xreti nak menyanyi, dia akan minta mama dia tolong nyanyikan...

p/s: SEMANGAT PATRIOTIK BETUL ANAKNDA KU INI....