nuffnang ads

Tuesday, November 20, 2012

pandangan peribadi

salam sejahtera dan salam satu malaysia...

sekarang ini hangat diperkatakan tentang doa yang ditujukan untuk menghancurkan individu / kumpulan lain....

saya bukan orang yang pandai agama...tetapi saya tahu pasal doa untuk keburukan / kejatuhan orang lain adalah tidak boleh dilakukan...

dulu-dulu atok saya selalu cakap, jangan cakap buruk tentang orang lain kerana apa yang kita cakap itu merupakan satu doa dan doa itu akan kembali kepada kita...
atok saya juga pesan supaya sentiasa mendoakan kejayaan dan kebaikan orang lain supaya kejayaan dan kebaikan itu akan kembali kepada kita...
memang tidak masuk akal...kita minta untuk orang lain, tetapi kita pun dapat 'share'....
tetapi apa yang atok saya cakap tu ada betulnya...
saya sentiasa mendoakan kejayaan kawan-kawan dan saya pun mendapat tempiasnya...

saya bukan seorang yang istimewa dalam sesuatu bidang tetapi saya tahu saya akan dapat balik apa yang saya buat untuk orang lain....
sebagai contoh saya pernah buat nanya kat seorang hamba ALLAH...sekejap sahaja, ALLAH terus memberi / menunjukkan pembalasannya kepada saya...
antara pembalasan yang saya pernah dapat, kehilangan kewangan, kemalangan-kemalangan kecil walaupun dalam rumah...
andai berlaku apa-apa yang tidak baik kepada saya dalam hari itu, saya akan membuat refleksi tentang segala aktiviti saya pada hari itu...

p/s: sentiasa mendoakan supaya dosa-dosa kecil diampunkan sebelum tidur supaya dapat tidur dengan tenang...

No comments: