nuffnang ads

Sunday, May 5, 2013

perjalanan yang telah ditentukan oleh-Nya...bhgn II

sambungan dari post lepas....

aku hanya berpantang selama seminggu...
habis pantang, aku meneruskan tugas dipadang...

15-18 April....
kejohanan peringkat negeri berlangsung...
pelajar sekolah aku turut terpilih so aku kerap drive sendiri dalam bulan ini..

dalam pada itu, ramai yang berpesan kepada aku agar berpantang seperti orang bersalin...
aku hanya amalkan yang mane perlu sahaja...
aku rasa sihat seperti orang biasa...
aku bergerak bebas di atas padang tanpa mempedulikan kekecewaan yang pernah aku alami...

selesai kejohanan, latihan pusat untuk wakil negeri berlangsung...
sepanjang tempoh itu, aku ke padang setiap pagi dan petang...
bak kata en. suami....bekerja melebihi orang sihat....
tanggal 1 Mei, aku alami pendarahan ketika pulang dari pusat latihan...
pendarahan berlaku ketika aku sampai umah...
(satu timing yang sangat baik kerana berlaku di rumah dan bukan di padang...)

3 Mei, latihan pusat berhenti rehat untuk beri laluan musim mengundi...
selepas pendarahan, aku alami datang bulan (haid) seperti biasa...
tapi yg luar biasanya, jumlahnya lebih banyak....
(alhamdulillah...kejadian berlaku ketika aku di rumah juga...bukan di tempat awam...)

melihatkan kejadian-kejadian ini, ia mengingatkan aku bahawa ALLAH MAHA MENGETAHUI
lagi MAHA BERKUASA atas sesuatu...

sesungguhnya, kita hanya merancang dan DIA yang MENENTUKAN segalanya....

p/s: aku bersyukur kepadaMU...dikurniakan keluarga yang memahami dan suami yang penyayang...Terima Kasih Ya ALLAH....

No comments: