nuffnang ads

Tuesday, October 11, 2011

Selamat Berkursus....

Assalamua'laikum....

setahun sudah berlalu sejak kali terakhir aku mengupdate blog nie...
kerana kekangan masa, serta 'kesibukan' anaknda yang selalu saje mengganggu mamanye ketika mengadap lappy...

hurm...
aku merindui anaknda...
bermula 10.10.2011, aku mula berkursus di UPM serdang...
kursus tambah opsyen...aku tambah opsyen KHB...

kursus nie dilakukan secara full time selama 6 minggu,
yang mana dijangka tamat pada 20.11.2011...
selepas itu dilakukan secara PJJ selama 6 minggu...
minggu ke 12 merupakan minggu peperiksaan akhir...

anaknda terpaksa aku post ke kota bharu untuk tempoh sebulan nie...
camner laa agaknye dia kat kampung...
nasib baik laa ada anak buah sebagai kawan dia di kampung....
harap-harap, semuanya ok...
taska yang menempatkan danish ketika papanya p kerja pun nampak ok...
aku memujuk hati untuk sentiasa berfikiran positif....


No comments: