nuffnang ads

Sunday, May 5, 2013

perjalanan yang telah dirancang oleh-NYA...

pertengahan Mac aku disahkan berbadan dua...
aku risau dengan perjalanan hidup yang bakal di hadapi oleh aku dan janin dalam diriku...

akhir Mac...
aku dapati aku akan menghadapi kerja-kerja hard-core yang boleh menjejaskan kandungan..
aku pasrah dan berdoa agar diberikan yang terbaik untuk aku...

1-4 April...
kejohanan sukan berlangsung...
aku cuba sedaya upaya untuk kurang bergerak di padang...
tapi lumrah orang sukan, mane boleh duk diam2 atas padang...
berjalan sana-sini walaupun sedar akan risiko yang bakal aku hadapi...

4 April...
Selamat ulang tahun ke-3 buat anakndaku... Danish...

6 April...
Disahkan janinku tidak dapat diselamatkan lagi dan dinasihatkan agar terus aktif untuk memudahkan proses keguguran...

7 April...
centralize training di kompleks bermula...
dilantik sebagai coach jumpers...
Alhamdulillah, aku dapat bantuan dari seorang kawan lama...
( memandangkan aku sedang akan risiko yang aku sedang hadapi, aku meminta pertolongan dari rakan)

Ketika azan maghrib berkumandang, proses keguguran berlaku dengan sendiri...
Alhamdulillah...ketika itu aku, suami dan anak berada di rumah...
Selesai semua dikeluarkan, aku terus ke klinik swasta dan mendapat Medical Leave seminggu...

7-11 April...
aku MC...en.suami pun MC sebab dia sakit mata dan demam urat... jadi, kami suami isteri MC bersama-sama...hahahaa.. inilah yang dikatakan susah senang bersama....



p/s: akan bersambung.... :)a

Tuesday, February 5, 2013

sejarah tercipta...

huh...post ke-dua dalam satu hari...???
hari ini sejarah telah tercipta...
tak pernah pun aku post 2 benda dalam masa satu hari...
kenapekah...???

sebenarnya aku nak berkongsi cerita tentang salah seorang pembaca blog aku...
hurm...aku pun tak tahu siapakah gerangannya insan itu...
tapi aku berterima kasih kerana sudi membaca blog aku...

aku akui yang blog ini lebih bersifat peribadi...
banyak pandangan peribadi yang aku utarakan...
dan si pembaca blog ini rasa kurang selesa / tidak puas hati ngan tulisan aku...
hurm...aku rasa cam xder masalah kot...

jika aku ada terkasar bahasa,
tersalah bicara...terover dimana-mana...
aku ingin minta maaf banyak-banyak...
bukan niat nak merobek hati sesiapa...
jika anda tidak suka dengan tulisan saya, ape boleh saya buat...
saya tidak pernah suruh orang baca tulisan saya,
saya pun tak pernah minta orang untuk tidak membaca blog saya...

p/s: as a viewer or blog walker, all of you are most welcome...

masih dalam mood sibuk

salam sejahtera dan salam satu malaysia...

wah..!!!dah masuk bulan ke-2 sekolah, aku masih lagi dalam mood sibuk...
biler ntah dapat rehat nie...
aku harap sangat2 dalam cuti raya cina nanti aku akan dapat berehat secukupnya...

hurm...cuti seminggu...ape nak buat ekk...
nak ajak en.suami pergi dating laah...hahahaa...
tup tup kena p dating kat umah mertua je nanti...
hehehee...xpo lah...
mano-mano pun tak ape...
janji en.suami sentiasa di sisi...

p/s: nak ajak en.suami pegi shopping kat JUSCO lah...erk..ada ke JUSCO kat klate???

Tuesday, January 29, 2013

minggu yang sibuk...

salam sejahtera dan salam satu malaysia...

hurm...sudah berminggu-minggu jadi minggu sibuk...
entah biler laa nak jadi minggu yang tidak sibuk...
mungkin minggu exam...
tapi sejak berjalannya PBS ni, aku perlu lebih banyak study untuk persiapan diri sebelum mengadap murid-murid aku...
bagi aku ia bukan bebanan yang berat...
aku masih dalam proses belajar...
jika dari sekarang aku menolak PBS, satu hari nanti, aku tetap kena buat...
jadi segala bentuk kerja yang diberikan aku terima dengan hati terbuka...
biarkan orang nampak kita selalu gembira dengan tugasan kita...
jangan merungut kerana ia hanya akan membuatkan kita cepat penat dan putus asa...

sesungguhnya aku bersyukur kerana dianugerahkan hati n pemikiran yang tenang...
sentiasa refleksi diri untuk menjadi lebih tenang dan belajar dari segala kesilapan yang pernah kita lakukan...
mungkin kita ada melakukan kesilapan tanpa sedar...
sebagai contoh ada seorang kawan yang berpangkat menegur seorang kawan dengan cara berjenaka...
aku dan kawan-kawan yang lain tergelak sakan kerana menganggap ianya hanya satu gurauan...
rupa-rupanya tak sangka plak dia terasa....

p/s: hurm...nampaknya aku kena berhati-hati biler berjenaka...

Wednesday, January 16, 2013

kesian kat saya...

salam sejahtera dan salam satu malaysia...

hari ini saya merasa kasihan kepada diri saya sendiri kerana terlalu penat... =(
kelas 6 waktu...double periods n selang satu period...
penat jalan...
tapi xpo laah...boleh bersenam... (positive thinking)

hari ini macam2 cerita aku dengar...
hurm...biasa laa...duk kata org tu, duk kata org ni...
aku tukang dengar je...
dan nasihat seorang senior kepada aku...
apa yang aku dengar, tidak perlu diceritakan semula kepada orang lain...
takot nanti jadi salah faham...

time to go...!!!

Tuesday, November 20, 2012

pandangan peribadi

salam sejahtera dan salam satu malaysia...

sekarang ini hangat diperkatakan tentang doa yang ditujukan untuk menghancurkan individu / kumpulan lain....

saya bukan orang yang pandai agama...tetapi saya tahu pasal doa untuk keburukan / kejatuhan orang lain adalah tidak boleh dilakukan...

dulu-dulu atok saya selalu cakap, jangan cakap buruk tentang orang lain kerana apa yang kita cakap itu merupakan satu doa dan doa itu akan kembali kepada kita...
atok saya juga pesan supaya sentiasa mendoakan kejayaan dan kebaikan orang lain supaya kejayaan dan kebaikan itu akan kembali kepada kita...
memang tidak masuk akal...kita minta untuk orang lain, tetapi kita pun dapat 'share'....
tetapi apa yang atok saya cakap tu ada betulnya...
saya sentiasa mendoakan kejayaan kawan-kawan dan saya pun mendapat tempiasnya...

saya bukan seorang yang istimewa dalam sesuatu bidang tetapi saya tahu saya akan dapat balik apa yang saya buat untuk orang lain....
sebagai contoh saya pernah buat nanya kat seorang hamba ALLAH...sekejap sahaja, ALLAH terus memberi / menunjukkan pembalasannya kepada saya...
antara pembalasan yang saya pernah dapat, kehilangan kewangan, kemalangan-kemalangan kecil walaupun dalam rumah...
andai berlaku apa-apa yang tidak baik kepada saya dalam hari itu, saya akan membuat refleksi tentang segala aktiviti saya pada hari itu...

p/s: sentiasa mendoakan supaya dosa-dosa kecil diampunkan sebelum tidur supaya dapat tidur dengan tenang...

Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Bijaksana

salam sejahtera dan salam satu malaysia....

post ini adalah berkaitan dengan kejadian yang berlaku pada aku dalam tempoh aku tidak update blog nie...
sepanjang tempoh lebih kurang 6minggu, aku mengalami demam, batuk yang berpanjangan...

bayangkan...selama hampir 5 6 tahun aku tak demam terok gni, pada tahun ini aku dapat....
aku tidak salahkan sesiapa...aku tidak berputus asa...aku tahu ada hikmah di sebaliknya...

orang kata, bila kita sakit, ALLAH menghapuskan dosa-dosa kecil kita...Alhamdulillah...
aku tetap bersyukur dengan kesakitan ini. walaupun terpaksa bermanis muka dihadapan kawan2,
walaupun terpaksa tunjuk diri ini ok walaupun diri ini sebenarnya tidak ok...

bermula ngan sakit urat, lenguh-lenguh badan, kemudian start demam...
aku disyaki demam denggi lah, demam tibi lah...tapi dua-dua pun bukan...
hanya ada masalah dalam darah skit...

betul juga kata seorang kawan, aku demam disebabkan antibodi dalam badan dah habis...
habis kerana aku dah lama tak demam....betol ke..??

hehehee...ape-ape aje lah....

p/s: semakin pulih walaupun badan masih lemah... =)