nuffnang ads

Tuesday, February 5, 2013

masih dalam mood sibuk

salam sejahtera dan salam satu malaysia...

wah..!!!dah masuk bulan ke-2 sekolah, aku masih lagi dalam mood sibuk...
biler ntah dapat rehat nie...
aku harap sangat2 dalam cuti raya cina nanti aku akan dapat berehat secukupnya...

hurm...cuti seminggu...ape nak buat ekk...
nak ajak en.suami pergi dating laah...hahahaa...
tup tup kena p dating kat umah mertua je nanti...
hehehee...xpo lah...
mano-mano pun tak ape...
janji en.suami sentiasa di sisi...

p/s: nak ajak en.suami pegi shopping kat JUSCO lah...erk..ada ke JUSCO kat klate???

Tuesday, January 29, 2013

minggu yang sibuk...

salam sejahtera dan salam satu malaysia...

hurm...sudah berminggu-minggu jadi minggu sibuk...
entah biler laa nak jadi minggu yang tidak sibuk...
mungkin minggu exam...
tapi sejak berjalannya PBS ni, aku perlu lebih banyak study untuk persiapan diri sebelum mengadap murid-murid aku...
bagi aku ia bukan bebanan yang berat...
aku masih dalam proses belajar...
jika dari sekarang aku menolak PBS, satu hari nanti, aku tetap kena buat...
jadi segala bentuk kerja yang diberikan aku terima dengan hati terbuka...
biarkan orang nampak kita selalu gembira dengan tugasan kita...
jangan merungut kerana ia hanya akan membuatkan kita cepat penat dan putus asa...

sesungguhnya aku bersyukur kerana dianugerahkan hati n pemikiran yang tenang...
sentiasa refleksi diri untuk menjadi lebih tenang dan belajar dari segala kesilapan yang pernah kita lakukan...
mungkin kita ada melakukan kesilapan tanpa sedar...
sebagai contoh ada seorang kawan yang berpangkat menegur seorang kawan dengan cara berjenaka...
aku dan kawan-kawan yang lain tergelak sakan kerana menganggap ianya hanya satu gurauan...
rupa-rupanya tak sangka plak dia terasa....

p/s: hurm...nampaknya aku kena berhati-hati biler berjenaka...

Wednesday, January 16, 2013

kesian kat saya...

salam sejahtera dan salam satu malaysia...

hari ini saya merasa kasihan kepada diri saya sendiri kerana terlalu penat... =(
kelas 6 waktu...double periods n selang satu period...
penat jalan...
tapi xpo laah...boleh bersenam... (positive thinking)

hari ini macam2 cerita aku dengar...
hurm...biasa laa...duk kata org tu, duk kata org ni...
aku tukang dengar je...
dan nasihat seorang senior kepada aku...
apa yang aku dengar, tidak perlu diceritakan semula kepada orang lain...
takot nanti jadi salah faham...

time to go...!!!

Tuesday, November 20, 2012

pandangan peribadi

salam sejahtera dan salam satu malaysia...

sekarang ini hangat diperkatakan tentang doa yang ditujukan untuk menghancurkan individu / kumpulan lain....

saya bukan orang yang pandai agama...tetapi saya tahu pasal doa untuk keburukan / kejatuhan orang lain adalah tidak boleh dilakukan...

dulu-dulu atok saya selalu cakap, jangan cakap buruk tentang orang lain kerana apa yang kita cakap itu merupakan satu doa dan doa itu akan kembali kepada kita...
atok saya juga pesan supaya sentiasa mendoakan kejayaan dan kebaikan orang lain supaya kejayaan dan kebaikan itu akan kembali kepada kita...
memang tidak masuk akal...kita minta untuk orang lain, tetapi kita pun dapat 'share'....
tetapi apa yang atok saya cakap tu ada betulnya...
saya sentiasa mendoakan kejayaan kawan-kawan dan saya pun mendapat tempiasnya...

saya bukan seorang yang istimewa dalam sesuatu bidang tetapi saya tahu saya akan dapat balik apa yang saya buat untuk orang lain....
sebagai contoh saya pernah buat nanya kat seorang hamba ALLAH...sekejap sahaja, ALLAH terus memberi / menunjukkan pembalasannya kepada saya...
antara pembalasan yang saya pernah dapat, kehilangan kewangan, kemalangan-kemalangan kecil walaupun dalam rumah...
andai berlaku apa-apa yang tidak baik kepada saya dalam hari itu, saya akan membuat refleksi tentang segala aktiviti saya pada hari itu...

p/s: sentiasa mendoakan supaya dosa-dosa kecil diampunkan sebelum tidur supaya dapat tidur dengan tenang...

Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Bijaksana

salam sejahtera dan salam satu malaysia....

post ini adalah berkaitan dengan kejadian yang berlaku pada aku dalam tempoh aku tidak update blog nie...
sepanjang tempoh lebih kurang 6minggu, aku mengalami demam, batuk yang berpanjangan...

bayangkan...selama hampir 5 6 tahun aku tak demam terok gni, pada tahun ini aku dapat....
aku tidak salahkan sesiapa...aku tidak berputus asa...aku tahu ada hikmah di sebaliknya...

orang kata, bila kita sakit, ALLAH menghapuskan dosa-dosa kecil kita...Alhamdulillah...
aku tetap bersyukur dengan kesakitan ini. walaupun terpaksa bermanis muka dihadapan kawan2,
walaupun terpaksa tunjuk diri ini ok walaupun diri ini sebenarnya tidak ok...

bermula ngan sakit urat, lenguh-lenguh badan, kemudian start demam...
aku disyaki demam denggi lah, demam tibi lah...tapi dua-dua pun bukan...
hanya ada masalah dalam darah skit...

betul juga kata seorang kawan, aku demam disebabkan antibodi dalam badan dah habis...
habis kerana aku dah lama tak demam....betol ke..??

hehehee...ape-ape aje lah....

p/s: semakin pulih walaupun badan masih lemah... =)

Sunday, October 14, 2012

kepenatan...

salam sejahtera dan salam satu malaysia....

waahahahaa... penatnya aku rasa hari nie...
terasa cam nak tido sepanjang hari...
tapi aku gagahkan jua untuk meneruskan khidmat aku...

minggu lepas aku jaga exam dari selasa-khamis..
selama 3 hari berturut2...
terasa gak lenguh2 kaki...
almaklum laa dah lama xberdiri lama...

khamis mlm jumaat plak aku ke utara...
en.suami ada hal...
sabtu petg tu terus balik ke rumah...
nasib baik baju dah siap iron...

esok sambung jaga exam PMR..
ada lagi dua hari, esok n lusa...
gagahkanlah diri ini untuk bertahan sehingga tamat peperiksaan...

AMIN...

p/s: perit tekak duk bercakap dalam kelas...sampai budak2 ingatkan aku menangis...hahahahaa

Tuesday, October 2, 2012

sesi luahan perasaan...

salam sejahtera dan salam satu malaysia...

hari ini aku ingin menaipkan hal cerita seorang kawan yang membuat sesi luahan perasaan...
apa yang ditaipkan disini telah diubah suai supaya individu tertentu tidak terasa...

1. sikap seseorang yang tidak suka melihat orang lain lebih darinya walaupun orang berkenaan tiada niat untuk lebih menonjol dari individu terbabit...
ceritanya bermula apabila individu ini di pindahkan ke satu department ini. dalam department ini terdapat individu yang menganggap dia hebat dari semua orang. apabila individu ini sampai, dia merasa tergugat. individu ini telah cuba untuk berbaik dengan semua orang dalam department berkenaan tetapi timbul rasa tidak senang dalam hati individu terbabit... sehingga menimbulkan satu peperangan kecil. persoalan yang timbul disini, kenapa perlu individu yang lama ini merasa tergugat... sudah lumrah dunia, patah tumbuh hilang berganti. jika tiada yang baru, tiada yang lama dan begitu laa sebaliknya. 

2. sikap seseorang yang tidak boleh melihat individu lain senang
ceritanya bermula apabila seseorang individu ini telah dikurniakan rezeki lebih untuk departmentnya...insan lain yang juga berada dalam department yang sama merasa tidak puas hati dan setiap kali perjumpaan, hal kewangan selalu timbul kerana mereka berpendapat, individu berkenaan telah menggunakan duit itu untuk kepentingan peribadi. sehingga akhirnya, individu terbabit telah melaburkan kesemuanya kepada individu lain dalam department yang sama supaya mereka yang lain percaya wang itu betul2 digunakan untuk department tersebut. yang menjadi persoalan, mereka tidak bersyukur dan asyik berperangsangka buruk dengan kelebihan orang...

3. biler tidak puas hati, kenapa perlu di war-warkan...kita perlulah berbincang dengan baik dengan individu terbabit, siasat dulu sebelum menuduh...

4. jangan menganggap diri sendiri amat bagus sehingga tidak nampak orang lain yang lebih bagus dari kita... rendahkan diri, rendahkan hati...orang pasti memandang dan menyanjung kita dengan sanjungan tertinggi.

5. buat kerja yang ditugaskan dengan ikhlas dan sabar...jangan hanya melepaskan batuk di tangga. hanya ALLAH akan menilai kita dan memberi anugerah tertinggi kepada kita...

p/s: menginsafi diri...sesungguhnya aku bekerja dalam persekitaran ini.... lindungi aku dari hasad dengki manusia lain...