nuffnang ads

Sunday, July 14, 2013

Dugaan....

salam sejahtera dan salam satu malaysia....
biler tgk org update blog, baru ler teringin nk update blog sama...

hurm...
hari ini aku nk bercerita pasal dugaan...
dugaan yang boleh membuatkan aku tersenyum sendiri...

dugaan 1:
pada hari aku ke KL, aku singgah satu stesen minyak yang special....
yang specialnya tempat tu, ada minyak kereta yang jarang ada di tempat lain...
waktu aku singgah tu, waktu solat asar sudah hampir tamat...
so, dengan kadar segera, aku tercari2 surau di stesen tu...
stesen tu ada bilik air yg cantik...pada hemat aku, kompom suraunya pun cantik...
aku mula mencari surau...
pada ketika itu aku lihat sorang lelaki juga sedang mencari-cari surau...
setelah puas kami tawaf bangunan stesen minyak itu, rupa2nya kat ctu xder surau...

'ok...habis tue camne staff kat sini solat...???'...terdetik ayat ini dalam kepala aku
apabila aku cari surau kat ctu xder...
semua staff dia org melayu-islam....

disebabkan ketiadaan surau, aku terpaksa niat untuk ganti solat (qodo)

waktu berehat distesen minyak, aku bawak anak aku pegi beli makanan ringan dalam kedainya...
ketika itu, waktu maghrib baru je masuk...azan kedengaran dari hfon ku...
ketika itu, sorang staff stesen itu bagitau rakannya dan kebetulan pengurus stesen minyak ada kat ctu
yang dia nk p solat...aku terfikir yang mungkin dia nk solat dalam bilik staff...

tetiba pengurus stesen tu tanya..."kenapa tak bukak bilik belakang utk solat...???"...
staff tu jawab..."tak boleh...nanti ramai plak singgah utk solat dsini...kalau diaorang nk solat, biar diaorang pegi solat kat stesen minyak sebelah..."

pada ketika itu, berderau darah aku.... 'apa ke bangang staff ni...nak bagi pinjam tempat org solat pun kedekut...'

pengurusnya memberitahu staff tu utk buka bilik blkg utk benarkan org ramai solat, tapi staff tu bg macam2 alasan yang pada hemat aku, tak munasabah dan tak patut langsung....

aku beristighfar...memohon agar dosaku diampunkan....

biler kuar dari ctu, aku terus ajak en.suami ke stesen minyak sebelah utk solat....
dan bercerita hal staff tu kpd en.suami....en.suami hanya mampu gelengkan kepada...

entah apa-apa laa orang tu.... nak buat pahala pun ada masalah ke...???

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1434H...

p/s: cerita akan bersambung ke post seterusnya... :)

Sunday, May 5, 2013

perjalanan yang telah ditentukan oleh-Nya...bhgn II

sambungan dari post lepas....

aku hanya berpantang selama seminggu...
habis pantang, aku meneruskan tugas dipadang...

15-18 April....
kejohanan peringkat negeri berlangsung...
pelajar sekolah aku turut terpilih so aku kerap drive sendiri dalam bulan ini..

dalam pada itu, ramai yang berpesan kepada aku agar berpantang seperti orang bersalin...
aku hanya amalkan yang mane perlu sahaja...
aku rasa sihat seperti orang biasa...
aku bergerak bebas di atas padang tanpa mempedulikan kekecewaan yang pernah aku alami...

selesai kejohanan, latihan pusat untuk wakil negeri berlangsung...
sepanjang tempoh itu, aku ke padang setiap pagi dan petang...
bak kata en. suami....bekerja melebihi orang sihat....
tanggal 1 Mei, aku alami pendarahan ketika pulang dari pusat latihan...
pendarahan berlaku ketika aku sampai umah...
(satu timing yang sangat baik kerana berlaku di rumah dan bukan di padang...)

3 Mei, latihan pusat berhenti rehat untuk beri laluan musim mengundi...
selepas pendarahan, aku alami datang bulan (haid) seperti biasa...
tapi yg luar biasanya, jumlahnya lebih banyak....
(alhamdulillah...kejadian berlaku ketika aku di rumah juga...bukan di tempat awam...)

melihatkan kejadian-kejadian ini, ia mengingatkan aku bahawa ALLAH MAHA MENGETAHUI
lagi MAHA BERKUASA atas sesuatu...

sesungguhnya, kita hanya merancang dan DIA yang MENENTUKAN segalanya....

p/s: aku bersyukur kepadaMU...dikurniakan keluarga yang memahami dan suami yang penyayang...Terima Kasih Ya ALLAH....

perjalanan yang telah dirancang oleh-NYA...

pertengahan Mac aku disahkan berbadan dua...
aku risau dengan perjalanan hidup yang bakal di hadapi oleh aku dan janin dalam diriku...

akhir Mac...
aku dapati aku akan menghadapi kerja-kerja hard-core yang boleh menjejaskan kandungan..
aku pasrah dan berdoa agar diberikan yang terbaik untuk aku...

1-4 April...
kejohanan sukan berlangsung...
aku cuba sedaya upaya untuk kurang bergerak di padang...
tapi lumrah orang sukan, mane boleh duk diam2 atas padang...
berjalan sana-sini walaupun sedar akan risiko yang bakal aku hadapi...

4 April...
Selamat ulang tahun ke-3 buat anakndaku... Danish...

6 April...
Disahkan janinku tidak dapat diselamatkan lagi dan dinasihatkan agar terus aktif untuk memudahkan proses keguguran...

7 April...
centralize training di kompleks bermula...
dilantik sebagai coach jumpers...
Alhamdulillah, aku dapat bantuan dari seorang kawan lama...
( memandangkan aku sedang akan risiko yang aku sedang hadapi, aku meminta pertolongan dari rakan)

Ketika azan maghrib berkumandang, proses keguguran berlaku dengan sendiri...
Alhamdulillah...ketika itu aku, suami dan anak berada di rumah...
Selesai semua dikeluarkan, aku terus ke klinik swasta dan mendapat Medical Leave seminggu...

7-11 April...
aku MC...en.suami pun MC sebab dia sakit mata dan demam urat... jadi, kami suami isteri MC bersama-sama...hahahaa.. inilah yang dikatakan susah senang bersama....



p/s: akan bersambung.... :)a

Tuesday, February 5, 2013

sejarah tercipta...

huh...post ke-dua dalam satu hari...???
hari ini sejarah telah tercipta...
tak pernah pun aku post 2 benda dalam masa satu hari...
kenapekah...???

sebenarnya aku nak berkongsi cerita tentang salah seorang pembaca blog aku...
hurm...aku pun tak tahu siapakah gerangannya insan itu...
tapi aku berterima kasih kerana sudi membaca blog aku...

aku akui yang blog ini lebih bersifat peribadi...
banyak pandangan peribadi yang aku utarakan...
dan si pembaca blog ini rasa kurang selesa / tidak puas hati ngan tulisan aku...
hurm...aku rasa cam xder masalah kot...

jika aku ada terkasar bahasa,
tersalah bicara...terover dimana-mana...
aku ingin minta maaf banyak-banyak...
bukan niat nak merobek hati sesiapa...
jika anda tidak suka dengan tulisan saya, ape boleh saya buat...
saya tidak pernah suruh orang baca tulisan saya,
saya pun tak pernah minta orang untuk tidak membaca blog saya...

p/s: as a viewer or blog walker, all of you are most welcome...

masih dalam mood sibuk

salam sejahtera dan salam satu malaysia...

wah..!!!dah masuk bulan ke-2 sekolah, aku masih lagi dalam mood sibuk...
biler ntah dapat rehat nie...
aku harap sangat2 dalam cuti raya cina nanti aku akan dapat berehat secukupnya...

hurm...cuti seminggu...ape nak buat ekk...
nak ajak en.suami pergi dating laah...hahahaa...
tup tup kena p dating kat umah mertua je nanti...
hehehee...xpo lah...
mano-mano pun tak ape...
janji en.suami sentiasa di sisi...

p/s: nak ajak en.suami pegi shopping kat JUSCO lah...erk..ada ke JUSCO kat klate???

Tuesday, January 29, 2013

minggu yang sibuk...

salam sejahtera dan salam satu malaysia...

hurm...sudah berminggu-minggu jadi minggu sibuk...
entah biler laa nak jadi minggu yang tidak sibuk...
mungkin minggu exam...
tapi sejak berjalannya PBS ni, aku perlu lebih banyak study untuk persiapan diri sebelum mengadap murid-murid aku...
bagi aku ia bukan bebanan yang berat...
aku masih dalam proses belajar...
jika dari sekarang aku menolak PBS, satu hari nanti, aku tetap kena buat...
jadi segala bentuk kerja yang diberikan aku terima dengan hati terbuka...
biarkan orang nampak kita selalu gembira dengan tugasan kita...
jangan merungut kerana ia hanya akan membuatkan kita cepat penat dan putus asa...

sesungguhnya aku bersyukur kerana dianugerahkan hati n pemikiran yang tenang...
sentiasa refleksi diri untuk menjadi lebih tenang dan belajar dari segala kesilapan yang pernah kita lakukan...
mungkin kita ada melakukan kesilapan tanpa sedar...
sebagai contoh ada seorang kawan yang berpangkat menegur seorang kawan dengan cara berjenaka...
aku dan kawan-kawan yang lain tergelak sakan kerana menganggap ianya hanya satu gurauan...
rupa-rupanya tak sangka plak dia terasa....

p/s: hurm...nampaknya aku kena berhati-hati biler berjenaka...

Wednesday, January 16, 2013

kesian kat saya...

salam sejahtera dan salam satu malaysia...

hari ini saya merasa kasihan kepada diri saya sendiri kerana terlalu penat... =(
kelas 6 waktu...double periods n selang satu period...
penat jalan...
tapi xpo laah...boleh bersenam... (positive thinking)

hari ini macam2 cerita aku dengar...
hurm...biasa laa...duk kata org tu, duk kata org ni...
aku tukang dengar je...
dan nasihat seorang senior kepada aku...
apa yang aku dengar, tidak perlu diceritakan semula kepada orang lain...
takot nanti jadi salah faham...

time to go...!!!